fb fb fb fb fb

Tiga pengakap cedera, bas bertembung di Korea Selatan

(Foto Reuters)

SUNCHEON, 9 Ogos- Tiga pengakap Switzerland cedera dalam kemalangan bas, pada Rabu, yang ketika itu dalam perjalanan ke Seoul selepas dipindahkan dari tapak perkhemahan jambori akibat taufan Khanun.

Menurut Agensi Berita Korea Selatan Yonhap, sebuah bas persiaran yang membawa 38 penumpang, termasuk 36 pengakap Switzerland bersama seorang ketua dan pemandu bas, bertembung dengan sebuah bas tempatan di Suncheon, Wilayah Jeolla Selatan.

Laporan menyebut, tiga pengakap itu mengalami lebam dan kecederaan lain, dengan dua daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan.

Lima penumpang bas tempatan turut cedera dan sedang menerima rawatan.

Korea Selatan pada Selasa memindahkan majoriti pengakap remaja dari tapak perkhemahan mereka berikutan taufan Khanun yang dijangka mendarat pada Khamis.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu