fb fb fb fb fb

PBB tidak 'tarik diri' dari Gaza

Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric

NEW YORK, 27 Jun- Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata PBB tidak menarik diri dari Gaza, menolak dakwaan yang dikatakan sebelum ini.

"Kami hanya cuba mencari ruang untuk beroperasi dalam keadaan yang memenuhi piawaian asas dan mudah kami," lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik kenyataan Dujarric kepada wartawan.

Beliau berkata PBB cuba mengagihkan bantuan dengan risiko yang tinggi, dan tiada kemajuan yang dicapai setakat ini mengenai penambahbaikan yang mereka minta daripada pihak Israel.

Sebagai respons kepada berita yang tersebar bahawa PBB akan menghentikan pengagihan bantuan jika Israel tidak memenuhi permintaannya, Dujarric berkata: “Kami tidak menarik diri dari Gaza”.

Beliau menjelaskan bahawa PBB cuba untuk mengagihkan bantuan dalam keadaan yang sukar, sedangkan tuntutan PBB adalah sangat mudah.

Menurut WAFA, Dujarric berkata mereka tidak beroperasi di bawah perlindungan tentera Israel, sambil menegaskan mereka telah mencuba pelbagai kaedah pengagihan bantuan.

Beliau berkata: "Satu-satunya cara untuk berjaya adalah gencatan senjata," mengulangi penekanan beliau terhadap keperluan untuk tidak menghalang ketibaan bantuan kemanusiaan.- BERNAMA-WAFA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE