fb fb fb fb fb

PBB rayu bantuan kecemasan AS$294 juta untuk Gaza

(Foto AFP)

GENEVA, 13 Oktober- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memohon bantuan kecemasan berjumlah AS$294 juta untuk menangani keperluan mendesak di Gaza dan Tebing Barat, ketika lebih 400,000 rakyat Palestin telah meninggalkan kediaman sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata dana tersebut akan digunakan untuk membantu lebih 1.2 juta orang penduduk Palestin.

Agensi tersebut menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sumber mencukupi untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas.

Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza, yang mempunyai jumlah penduduk paling padat 2.3 juta orang serta memusnahkan bangunan dan lebih 1,400 orang terkorban yang kebanyakannya orang awam.

"Keperluan kemanusiaan, serangan pada Mei 2023 di Gaza dan kemerosotan keadaan di Tebing Barat telah menyebabkan organisasi kemanusiaan tidak memiliki sumber yang secukupnya untuk keperluan rakyat Palestin yang terkesan," kata OCHA.


(Foto AFP)

Hampir 60 peratus isi rumah di Gaza dianggap tidak selamat, kekurangan makanan sebelum bermulanya serangan baharu.

"Sehingga lewat Khamis, jumlah pelarian Gaza meningkat lebih 84,400 orang dan telah mencecah 423,300," menurut OCHA.

"Selepas serangan Israel ke atas infrastruktur air dan pemberhentian air yang dibekalkan oleh Israel ke enklaf sejak Ahad, kebanyakan penduduk di Semenanjung Gaza tidak lagi mempunyai akses kepada air minuman daripada pembekal perkhidmatan atau air domestik melalui saluran paip," kata OCHA.

UNICEF turut melaporkan ada penduduk yang sudah mula minum air laut kerana tiada pilihan.

"Kemudahan kesihatan terjejas, kekurangan bekalan ubat-ubatan dan akses ke hospital dan rawatan perubatan dihalang oleh permusuhan yang berterusan dan jalan yang rosak,"jelas OCHA -AFP

Media Baharu