fb fb fb fb fb

PBB gesa China tegas tangani isu hak asasi manusia

(Anggota masyarakat Uyghur Islam menunjukkan gambar saudara mereka
yang ditahan di China semasa sidang media di Istanbul pada 2022/AFP)

GENEVA, 8 Mac- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mahu China bertindak tegas dalam menangani isu hak asasi manusia di wilayah, Xinjiang.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menegaskan, badan itu prihatin terhadap perlindungan etnik Uyghur dan minoriti Islam lain di Tibet.

Beliau berkata, saluran komunikasi dibuka bagi menyelesaikan pebagai isu dan kebimbangan tersebut.

"Di wilayah Xinjiang, pejabat saya telah melakukan proses dokumentasi, terutama melibatkan kes penahanan dan pemisahan keluarga secara paksa yang berterusan dan telah membuat cadangan penting", katanya ada sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Jelas Turk, tindakan susulan akan diambil berhubung perkata tersebut.


(Foto AFP)

Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa kurang senang terhadap Undang-undang Keselamatan Negara di Hong Kong pada 2020 untuk menghapuskan perbezaan pendapat berikutan demonstrasi pro-demokrasi secara besar-besaran dan ganas.

"Kami juga mempunyai kebimbangan mengenai sekatan secara lebih umum, termasuk penahanan sewenang-wenangnya pembela hak asasi manusia dan peguam dan kesan Undang-undang Keselamatan Negara di Hong Kong," katanya.

Turk menyatakan perkara tersebut semasa ucapan pertamanya kepada pertubuhan itu di Geneva sejak memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia pada Oktober.

Dalam pada itu, Michelle Bachelet menerbitkan laporan mengenai Xinjiang. Ia memperincikan kronologi pencabulan hak terhadap Uyghur dan minoriti Islam lain, dakwaan "boleh dipercayai" mengenai penyeksaan yang berterusan, penahanan sewenang-wenang dan pencabulan hak agama dan reproduksi.

Bagaimanapun, Beijing menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan ia menjalankan pusat latihan vokasional di rantau itu untuk menghapuskan keganasan.

Duta Besar China Chen Xu berkata bahawa dengan usaha Beijing untuk memerangi keganasan dan radikalisasi, hak asasi manusia di Xinjiang "dilindungi dengan baik".

"Sejak Undang-undang Keselamatan Negara masuk, "semua hak sah dan kebebasan rakyat Hong Kong lebih dilindungi", katanya.

Pada Oktober lalu, negara-negara Barat, yang diketuai oleh Amerika Syarikat, berusaha untuk mengadakan perbahasan mengenai laporan Xinjiang di Majlis Hak Asasi Manusia.

Pengundian yang melibatkan 47 negara anggota menyaksikan 19 negara menolak, 17 negara menyokong dan 11 negara lain mengambil pendirian berkecuali.

Duta Besar AS Michele Taylor menggesa majlis tersebut "mengambil tindakan untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia yang kejam dan berterusan di Xinjiang".

Sementara itu, Duta Besar British Simon Manley menggesa Beijing berhenti menafikan fakta dan melibatkan diri secara serius dan membina dengan cadangan daripada PBB.-AFP

Media Baharu