fb fb fb fb fb

AS umum bantuan kemanusiaan AS$26 juta untuk Rohingya

(Foto hiasan)

WASHINGTON, 8 Mac- Amerika Syarikat mengumumkan bantuan kemanusia bernilai AS$26 juta kepada pelarian Rohingya di Bangladesh dan rantau Asia lain.

Menurut jurucakap Jabatan Negara, Ned Price, peruntukan baharu itu berupaya membantu usaha menyelamat nyawa diteruskan rakan kongsi kemanusiaannya di Bangladesh dan Myanmar.

Beliau berkata, sejak Ogos 2017, Amerika telah menyumbang AS$2.1 bilion kepada penduduk Rohingya.

Bagimanapun, PBB menggesa dunia menambah lagi bantuan sebanyak AS$876 juta untuk memenuhi keperluan kemanusia etnik itu di Bangladesh.

Kira-kira sejuta anggota komuniti Rohingya, majoritinya beragama Islam tinggal di kem-kem bantuan yang daif di Bangladesh selepas melarikan diri daripada tindakan keras tentera pada 2017 di negara jiran Myanmar.-AFP


(Foto fail/AFP)

Media Baharu