fb fb fb fb fb

PBB desak AS tamatkan sekatan ekonomi terhadap Cuba

Foto REUTERS

NEW YORK, 30 Oktober – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melalui Perhimpunan Agungnya sekali lagi menyeru secara besar-besaran agar sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) terhadap Cuba ditamatkan, meskipun Washington giat melobi bagi mempertahankannya.

Dalam usaha melobi tersebut, AS turut berkongsi dakwaan bahawa sehingga 5,000 rakyat Cuba kini berjuang bersama pasukan Rusia di Ukraine.

Namun, dakwaan itu disangkal oleh Cuba yang menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas.

Usul yang dibentangkan dalam sesi undian itu diluluskan dengan 165 undi menyokong, tujuh undi menentang, dan 12 berkecuali, sekali gus menunjukkan penolakan besar-besaran masyarakat antarabangsa terhadap dasar sekatan ekonomi AS yang telah berkuat kuasa selama beberapa dekad.

Kerajaan Cuba turut memaklumkan prosiding undang-undang telah dimulakan terhadap beberapa rakyatnya yang disyaki terlibat dalam aktiviti tentera upahan di Ukraine.

Walaupun Cuba secara terbuka berpihak kepada sekutunya, Rusia, dalam konflik berkenaan, negara itu pada masa sama menyeru agar rundingan damai diadakan bagi menamatkan pertikaian tersebut. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN