fb fb fb fb fb

PBB beri amaran krisis India-Pakistan boleh tercetus lebih parah, seru penyelesaian diplomatik

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres / REUTERS

NEW YORK, 6 Mei- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa India dan Pakistan untuk segera bertenang susulan ketegangan memuncak selepas serangan maut di Pahalgam yang mengorbankan 26 pelancong.

Dalam sidang media di New York, Guterres menyifatkan hubungan kedua-dua negara pada tahap paling buruk dalam beberapa tahun dan menegaskan bahawa penyelesaian ketenteraan bukanlah jawapan.

Beliau turut menawarkan pengantaraan PBB untuk mengelakkan konflik yang lebih besar antara dua kuasa nuklear itu.

Krisis semakin meruncing selepas India menuduh Pakistan menaja keganasan rentas sempadan, lalu bertindak menutup sempadan Wagah-Attari serta menggantung Perjanjian Air Indus.

Islamabad bagaimanapun menafikan penglibatan dan menyifatkan insiden sebagai serangan tempatan serta mengenakan tindakan balas terhadap New Delhi.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE