fb fb fb fb fb

Paus 'sperm whale' mati berenang di perairan cetek

Para pelancong berenang mendekati paus tersebut untuk membelainya / REUTERS

SYDNEY, 14 Disember- Seekor paus dikenali 'sperm whale' atau paus sperma ditemukan mati beberapa hari selepas ikan itu dirakam di perairan cetek Barat Australia bersama puluhan pelancong.

Sabtu lalu, para pelancong dilaporkan berenang menghampiri untuk membelai mamalia seberat 30 tan itu selepas ia dilihat berhampiran dengan pantai Perth pada hujung minggu.

Tetapi pegawai hidupan liar menggesa orang ramai supaya menjauhi paus sepanjang 15 meter (50 kaki) itu, dengan mengatakan haiwan itu sedang sakit dan mati.

"Sungguh luar biasa bagi paus 'sperm whale' berada di mana-mana berhampiran perairan metropolitan ini," kata pengawal insiden Mark Cugley petang Selasa selepas mengesahkan ikan paus itu mati.

"Kami tidak tahu mengapa, ia sangat luar biasa. Ia jelas sekali bahawa ia tidak sihat."

Sau upacara khas, tradisi tempat telah diadakan pada petang Selasa sebagai simbolik mengucapkan selamat tinggal kepada ikan paus tersebut, spesies yang sangat sinonim dalam tradisi Orang Asli tempatan. -AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE