fb fb fb fb fb

Pasukan bomba alih bangkai ikan paus terdampar di pantai Rio de Janeiro

Foto Reuters

RIO DE JANEIRO, 8 Jun- Pasukan bomba telah mengalihkan bangkai seekor ikan paus yang terdampar di pantai kawasan Barra de Tijuca, Rio de Janeiro, pada Sabtu.

Menurut pakar veterinar daripada makmal mamalia akuatik Universiti Rio de Janeiro, Yasmin Daoualibi, musim sejuk merupakan tempoh migrasi ikan paus menyebabkan fenomena mamalia marin terdampar di kawasan pesisir pantai menjadi kejadian biasa.

Penduduk tempatan dilihat berkumpul di sebalik kawasan yang telah dipagari, sementara pasukan pakar mengambil sampel daripada bangkai berkenaan dan anggota bomba menggunakan jentera berat bagi mengalihkan haiwan tersebut.

Media tempatan Brazil melaporkan bahawa bangkai berkenaan adalah seekor ikan paus bungkuk (Humpback) sepanjang enam meter (19.6 kaki).

Operasi untuk mengalihkan bangkai haiwan itu mengambil masa kira-kira empat jam.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM