fb fb fb fb fb

Macron dan isteri diberi sambutan rasmi tiba di Monaco

Foto Reuters

MONACO, 8 Jun- Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bersama isterinya, Brigitte Macron, menerima sambutan rasmi oleh Putera Albert II dan Puteri Charlene semasa lawatan negara ke Monaco pada Sabtu.

Lawatan rasmi dua hari Macron ke negara kota di pesisir French Riviera itu bertepatan dengan penganjuran Forum Ekonomi Biru dan Kewangan di Monaco, yang menjadi acara pra-pembuka kepada Persidangan Lautan PBB yang bakal berlangsung di Nice, Perancis.

Turut menyambut pasangan Presiden Perancis itu ialah anak kembar pasangan diraja Monaco yang berusia 10 tahun, Putera Waris Jacques dan Puteri Gabriella.

Antara tokoh terkemuka Perancis yang turut hadir sempena lawatan negara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Christian Dior, Delphine Arnault, anak kepada pengerusi kumpulan LVMH, Bernard Arnault, jutawan telekomunikasi, Xavier Niel serta ahli parlimen kanan sayap kanan, Eric Ciotti.

Upacara kawalan kehormat serta pertemuan empat mata antara Macron dan Putera Albert dijadualkan diikuti oleh majlis santapan negara yang bakal diadakan di Dewan Takhta Istana Putera Monaco.

Kali terakhir Presiden Perancis mengadakan lawatan negara ke Monaco ialah pada tahun 1984, apabila Presiden ketika itu, Francois Mitterrand, bersama isterinya, Danielle Mitterrand, telah disambut oleh Putera Rainier III, bapa kepada Putera Albert II.

Monaco, yang terkenal sebagai syurga cukai sering menjadi pilihan golongan maha kaya selain tuan rumah bagi perlumbaan berprestij Formula 1 Grand Prix, baru-baru ini.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM