DHAKA, 25 Mac - Umat Islam di Bangladesh memenuhi pasar Chawkbazar pada Jumaat untuk membeli barangan keperluan dan makanan untuk berbuka puasa.
Ramai antara penduduk bimbang situasi inflasi berterusan disebabkan gangguan bekalan makanan susulan penularan wabak COVID-19, konflik di Ukraine serta kekurangan tenaga dan mata wang yang merosot.
Di sebuah masjid di sini, orang ramai berkumpul untuk mengerjakan solat magrib dan berbuka puasa.
(FOTO REUTERS)
Bangladesh adalah negara yang majoritinya beragama Islam dengan lebih 90 peratus daripada 165 juta penduduknya adalah penganut agama Islam. - REUTERS