fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 hektar hutan musnah dalam kebakaran di timur Valencia

MONTE PINA, 25 Mac- Lebih 3,000 hektar hutan musnah dalam kebakaran di wilayah timur Valencia setakat malam semalam.

Pihak berkuasa memaklumkan, kebakaran turut memaksa lebih 1,500 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Video yang dirakam berhampiran puncak Santa Barbara menunjukkan api marak dan asap berkepul-kepul di langit.

Ia merupakan kebakaran hutan pertama yang berlaku di Sepanyol tahun ini.

(Visual kebakaran hutan yang dirakam berhampiran puncak Santa Barbara / Foto REUTERS)

Musim sejuk yang luar biasa kering merentasi bahagian selatan Eropah telah mengurangkan kelembapan dalam tanah.

Ia menimbulkan kebimbangan berulangnya kejadian kebakaran pada tahun lalu yang memusnahkan lebih 785,000 hektar hutan.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Teresa Ribera berkata, kebakaran di luar musim menjadi semakin biasa.-REUTERS

Media Baharu