fb fb fb fb fb

Parti pemerintah Azerbaijan menang pilihan raya

Ilham Aliyev/AFP

BAKU, 2 September- Parti Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev memenangi pilihan raya parlimen, menurut suruhanjaya pilihan raya hari ini, ketika pembangkang mengkritik terdapat penyelewengan.

Parti Yeni Azerbaijan pimpinan Aliyev memenangi 68 kerusi daripada 125 kerusi dalam badan perundangan.

Sebanyak 45 kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas serta 12 kerusi oleh calon daripada sembilan parti politik -- kesemuanya dipercayai menyokong kerajaan.

Hanya seorang calon pembangkang dari Parti Alternatif Republik berjaya memasuki parlimen.

Bagaimanapun Parti Musavat mendakwa terdapat "penyelewengan besar" dalam peraturan termasuk pengundian berganda.

Baku menghadapi kritikan tajam daripada Barat atas dakwaan menindas lawan politik dan menyekat kebebasan media.

Hari mengundi diadakan semalam lebih awal dari tarikh dijadualkan susulan Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (COP29) yang dihoskan Baku berlangsung 11 hingga 22 November depan.

Aliyev, 62, telah memerintah republik bekas Soviet itu sejak 2003 selepas kematian bapanya iaitu pemimpin Komunis era Soviet Azerbaijan dan bekas jeneral Komiti Keselamatan Negeri (KGB), Heydar Aliyev.

Tiada pilihan raya diadakan di negara kaya minyak dan gas itu sepanjang pemerintahan Aliyev selama dua dekad. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA