fb fb fb fb fb

Parti haluan kiri Perancis dijangka menang pusingan kedua pilihan raya

Foto: AFP

PARIS, 8 Julai- Sebuah perikatan parti berhaluan kiri mengalahkan parti berhaluan paling kanan dan parti gabungan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dalam pilihan raya parlimen yang menandakan politik tidak menentu bagi negara tersebut.

Tiada parti meraih majoriti mutlak pada pusingan kedua pilihan raya yang meninggalkan Perancis tanpa sebarang laluan jelas untuk membentuk pemerintah baharu, tiga minggu sebelum Sukan Olimpik Paris.

Meskipun Parti Perhimpunan Nasional (RN) berhaluan paling kanan Marine Le Pen memenangi pusingan pertama pada 30 Jun dengan perbezaan yang banyak, keputusan itu mengecewakan parti itu, walaupun pasukannya bakal berada di parlimen dengan jumlah terbesar buat pertama kali.

Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal berkata beliau akan meletak jawatan pada Isnin namun bersedia berkhidmat "selagi mana beliau diperlukan", terutama dengan sukan Olimpik bakal diadakan tidak lama lagi.

Barisan Popular Baharu (NFP), yang ditubuhkan bulan lalu selepas Macron mengadakan pilihan raya kilat, menyatukan Parti Sosialis, Hijau, Komunis dan Perancis Unbowed (LFI) berhaluan kiri menjadi satu perikatan.

Namun, unjuran oleh agensi pengundian utama menunjukkan NFP bakal menjadi blok terbesar dalam Dewan Negara baharu dengan 172 hingga 215 kerusi, pakatan Macron meraih 150 hingga 180 kerusi dan RN dengan 120 hingga 152 kerusi.

Ia bermakna tiada parti mempunyai 289 kerusi yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti mutlak dan masih belum jelas bagaimana pemerintah baharu akan dibentuk.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI