fb fb fb fb fb

Parlimen Uganda lulus RUU anti-gay

(Foto AFP)

KAMPALA, 22 Mac- Parlimen Uganda pada Selasa meluluskan rang undang-undang (RUU) anti-gay yang mencadangkan hukuman baharu untuk pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Speaker parlimen, Annet Anita Among berkata, RUU berkenaan diluluskan dalam tempoh yang singkat, walaupun berdepan pelbagai kritikan.

Setakat ini, masih belum diputuskan jenis hukuman atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen, Fox Odoi-Oywelowo yang menentang RUU itu berkata, pesalah homoseksual mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, malah hukuman mati bagi kesalahan yang dikategorikan sebagai "lebih teruk".

RUU itu seterusnya akan diserahkan kepada Presiden Yoweri Museveni untuk ditandatangani, sama ada ia diluluskan sebagai undang-undang atau sebaliknya.

Museveni minggu lalu merujuk golongan homoseksual sebagai "menyimpang."

"Homoseksual adalah penyimpangan daripada normal. Mengapa? Adakah ia secara fitrah atau didikan? Kita perlu menjawab soalan-soalan ini," katanya kepada penggubal undang-undang. -AFP

(Annet Anita Among/AFP)

Media Baharu