fb fb fb fb fb

Parlimen Korea Selatan lulus siasatan baharu terhadap mangsa hari Halloween

FOTO REUTERS

SEOUL, 2 Mei - Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk melancarkan siasatan baru ke atas kematian orang awam pada hari Halloween, di ibu kota Seoul pada 2022.

Rang undang-undang itu disokong pihak kerajaan dan pembangkang.

Sebelum ini ia hanya disokong pembangkang tanpa sokongan Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinan Presiden Yoon Suk Yeol.

Rang undang-undang terkini menghapuskan pemberian kuasa penyiasatan penuh kepada panel.

Bawah rang undang-undang itu, sebuah jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli yang disyorkan dua parti utama dan pengerusi yang dipilih mereka.

Kelulusan rang undang-undang itu dibuat selepas pertemuan Yoon dengan Ketua Pembangkang Lee Jae-Myung dari Parti Demokrat untuk perbincangan pada Isnin.

Ia juga berlaku ketika pihak berkuasa semakin ditekan termasuk daripada ahli keluarga mangsa yang mahukan keadilan.

Jurucakap Yoon pada Rabu mengalu-alukan persetujuan yang dicapai antara parti pemerintah dan pembangkang mengenai rang undang-undang itu sebagai menunjukkan kembali kepada kerjasama dalam politik.

Sekurang-kurangnya 160 mangsa terbunuh dalam parti Halloween di daerah Itaewon, Seoul pada 2022.

Berdasarkan siasatan polis menyimpulkan tiada persediaan rapi menyebabkan kejadian itu berlaku.

Setakat ini tiada pemecatan pemimpin kerajaan dan pihak keselamatan negara ekoran daripada insiden itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF