fb fb fb fb fb

Parlimen Korea Selatan dijangka luluskan bajet 2025 pada Selasa

Foto REUTERS

SEOUL, 10 Disember-Parti Pembangkang utama Korea Selatan pada Selasa mengumumkan bahawa mereka akan meluluskan rang undang-undang bajet kerajaan untuk 2025, yang sebelum ini menyebabkan pengisytiharan undang-undang Darurat oleh Presiden Yoon Suk Yeol minggu lalu, dalam sesi pleno yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang bulan lalu memotong 4.1 trilion won daripada bajet cadangan kerajaan sebanyak 677.4 trilion won ($473 bilion).

"Kami akan meluluskan rang undang-undang bajet hari ini," kata Ketua Parti Demokratik, Lee Jae-myung.

"Kelulusan segera bajet ini akan membantu menyelesaikan keadaan tidak menentu dan krisis semasa."

Kerajaan berpendapat pemotongan bajet itu akan melumpuhkan fungsi asas kerajaan, menghalang tindak balas terhadap cabaran luaran, dan melambatkan pelaksanaan dasar untuk perniagaan kecil dan golongan rentan.

Presiden Yoon pada 3 Disember lalu menggunakan alasan sekatan pembangkang terhadap bajet kerajaan sebagai salah satu justifikasi untuk mengisytiharkan undang-undang tentera, mencetuskan krisis perlembagaan di negara ekonomi keempat terbesar Asia itu.

Namun, Ahli Parlimen kanan Parti Demokratik, Park Chan-dae, berkata jika kerajaan memerlukan dana tambahan untuk perbelanjaan demi kesejahteraan rakyat, ia boleh diselesaikan kemudian melalui bajet tambahan."

Sementara itu, pasaran bon kerajaan Korea Selatan turut terkesan, dengan niaga hadapan bon kerajaan tiga tahun turun sebanyak 0.10 mata kepada 106.79.

"Jika diluluskan, ketidakpastian akan berkurang, tetapi pasaran dilihat bertindak balas dengan agak sensitif dan emosional terhadap komen mengenai bajet tambahan," kata Kong Dong-rak, penganalisis pendapatan tetap di Daishin Securities.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD