fb fb fb fb fb

Paras air sungai Amazon rendah, penduduk resah

Foto Reuters

BRAZIL, 9 September - Paras air di sungai-sungai di hutan hujan Amazon berkurangan, selepas kemarau serta kadar hujan yang rendah.

Keadaan itu menggusarkan penduduk Ribeirinhos yang mendakwa kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sungai terlalu kotor untuk digunakan penduduk dan memaksa mereka keluar dari kawasan itu bagi mencari bekalan air bersih.

Penduduk Francisca das Chagas da Silva berkata, mereka perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air dan ia sangat sukar khususnya kepada penduduk yang berumur, "Kami perlu membawanya dari tebing sungai ke rumah kami," katanya.

Ribeirinhos biasanya mendapatkan air terus dari sungai dan kini bekalan air gagal sampai ke penempatan mereka kerana sungai kekurangan air.

Kini, ramai penduduk bergantung kepada badan bukan kerajaan atau kerajaan negeri untuk mendapatkan air minuman.

"Sekarang bayangkan seseorang di bawah sinar matahari yang panas, orang yang mempunyai penyakit terpaksa melakukan perjalanan ini," kata ketua penduduk Joao Ferreira Mendonca.

Ribeirinhos biasanya mendapatkan air terus dari sungai atau mempunyai sistem yang bersambung tetapi cara bekalan tersebut gagal apabila paras air turun begitu mendadak.

Perkhidmatan Geologi Brazil (SGB) telah mengeluarkan amaran sejak kebelakangan ini bahawa semua sungai di lembangan Amazon dijangka berkurangan bawah paras biasa. - REUTERS

TETITIA YUSOFF