PUERTO ESCONDIDO, 19 Jun- Penduduk bandar pantai Mexico Puerto Escondido bersiap sedia pada malam Rabu hadapi ketibaan Taufan Erick.
Nelayan membawa bot mereka ke arah tanah selamat dan penduduk tempatan berpindah ke tempat perlindungan ketika hujan lebat membasahi pantai.
Pihak berkuasa tempatan berkata, Taufan Erick telah membadai di pantai negeri Oaxaca pada pagi Khamis.
Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat serta banjir dan tanah runtuh.
"Ribut itu mendarat sekitar 5:30 pagi waktu tempatan di bandar Santiago Pinotepa Nacional, di negeri Oaxaca, sebagai taufan besar kategori 3 dengan angin berkelajuan maksimum 205 km/j dan tiupan 250 km/j,"kata suruhanjaya air negara Mexico, Conagua.
Para saintis memberi amaran bahawa Erick boleh menjadi taufan paling kuat di sepanjang pantai Pasifik Mexico yang berlangsung dari Mei hingga November.