SEMPADAN TAFTAN, 19 Jun- Rakyat Pakistan terdiri daripada ratusan pelajar dan jemaah haji serta warganegara lain menyeberangi sempadan Taftan pada Khamis di tengah-tengah konflik semakin memuncak.
Sekumpulan 214 pelajar Pakistan institusi perubatan dan kejuruteraan tiba di persimpangan sempadan Iran-Pakistan berkenaan pada Selasa.
Dalam perkembangan sama Kementerian Luar Negeri Pakistan memindahkan seramai 268 warganya dari Iraq pada Isnin melalui dua penerbangan khas termasuk penghantaran pulang jemaah haji yang terkandas di Iraq dengan selamat.