fb fb fb fb fb

Pangkalan tentera ibu kota Myanmar diserang dron- Kumpulan anti-junta

Anggota pasukan keselamatan Myanmar memeriksa kereta di jalan raya di Yangon pada 2 April 2024/ AFP

YANGON, 4 April- Sebuah pangkalan tentera di ibu negara Myanmar yang dikuasai tentera diserang hari ini oleh dron, menurut kerajaan bayangan.

Reuters tidak dapat mengesahkan maklumat itu secara bebas dan kerajaan tentera tidak dapat dihubungi segera untuk pengesahan berhubung kejadian itu.

Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), sebuah pakatan kumpulan anti-junta yang ditubuhkan untuk menjejaskan pemerintahan tentera susulan rampasan kuasa 2021, berkata serangan itu dilakukan di Naypyitaw, tetapi tidak memberikan butiran mengenai dron yang digunakan atau serangan yang didakwa.

Jurucakap sekutu NUG di Naypyitaw, Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF),sebuah gerakan penentangan bersenjata, berkata ia melakukan serangan di bawah arahan kementerian pertahanan NUG.

Bagaimanapun ia tidak memberikan butiran.

Jika ia disahkan, serangan itu boleh menjadi tamparan besar kepada kredibiliti tentera yang menghadapi ujian terbesar sejak mula mengambil alih kuasa bekas jajahan British itu pada 1962.

Junta telah berjuang dalam pelbagai bidang untuk membendung pemberontakan di seluruh negara dan menstabilkan ekonomi yang telah lumpuh sejak rampasan kuasa.

Myanmar menghadapi perang saudara antara tentera di satu pihak dengan pihak yang lain, pakatan pemberontak etnik minoriti dikenali PDF iaitu gerakan yang dihasilkan daripada tindakan keras junta terhadap protes anti-rampasan kuasa.

Presidennya yang dilantik sebagai tentera tahun lalu berkata negara itu berisiko untuk berpecah, manakala jeneral pemerintahnya minggu lalu menyeru perpaduan dalam kalangan rakyat dan tentera untuk memerangi kumpulan bersenjata dengan sokongan asing yang cuba memusnahkan negara dan menggagalkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI