fb fb fb fb fb

Pameran Automotif Shanghai perlihatkan dunia EV era baharu

Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai/ AFP

SHANGHAI, 23 April- Pameran Industri Automotif Antarabangsa Shanghai membuka tirai pada Rabu merupakan platform kepada pembuat kereta seluruh dunia bersaing dengan barisan kereta elektrik (EV) dengan teknologi baharu.

Dengan hampir 1,000 pempamer hadir, pempamer antarabangsa sedia bersaing dengan firma China yang sangat kompetitif serta menguasai sektor elektrik itu meski terdapat halangan perdagangan semakin meningkat yang berisiko melemahkan ekonomi global negara tembok besar itu.

Namun sokongan Beijing terhadap pembangunan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid menyaksikan pasaran domestik berkembang pesat di negara itu.

Bagaimanapun penganalisis menganggap perkara itu masih awal dan lebih terbuka kepada pembaharuan.

"Pertumbuhan domestik di China dipacu penggunaan EV, semakin bertambah dengan ciri-ciri kenderaan pintar seperti sistem pemanduan autonomi," menurut laporan yang dikeluarkan perunding AlixPartners.

Pameran Automotif Shanghai akan berlangsung hingga 2 Mei, menyaksikan pelbagai pelancaran untuk model baharu elektrik, berteknologi tinggi -- kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, salun dan kenderaan pelbagai guna.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI