fb fb fb fb fb

26 terbunuh dalam serangan bersenjata di Kashmir

Foto AFP

PAHALGAM, 23 April- Sekurang-kurangnya 26 orang maut apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelancong di kawasan peranginan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menurut sumber keselamatan.

Kejadian itu disifatkan sebagai serangan paling berdarah terhadap orang awam di wilayah tersebut sejak tahun 2000.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengecam kejadian itu sebagai tindakan kejam dan berikrar untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.

Beliau juga memendekkan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan insiden tersebut.

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, yang berada di India ketika kejadian, menyampaikan takziah melalui media sosial.

Presiden AS, Donald Trump turut menghubungi Modi untuk menawarkan sokongan penuh.

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pula mengutuk keras serangan berkenaan.

Menurut saksi, serangan tidak menyasarkan wanita, dan beberapa mangsa cedera dibawa keluar menggunakan kuda.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM