SYDNEY, 11 Jun - Syarikat penerbangan Australia, Qantas, umum penutupan anak syarikat tambang rendahnya, Jetstar Asia, yang berpangkalan di Singapura berkuat kuasa 31 Julai ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas, Vanessa Hudson, berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada penstrukturan strategik selepas syarikat itu catat kerugian besar.
“Ia keputusan yang sukar bagi kami. Bagaimanapun kos pembekal meningkat hingga 200% dan ia telah mengubah kos keseluruhan syarikat," katanya.
Jetstar Asia dijangka mencatatkan kerugian asas sebanyak RM109 juta tahun ini sebelum keputusan penutupan diambil.
Sementara itu, kira-kira 500 pekerja dijangka terjejas susulan langkah tersebut.
Menurut kenyataan, syarikat itu akan menawarkan bayaran pampasan dan bantuan kerjaya kepada kakitangan yang diberhentikan kelak.
Penumpang dengan tempahan penerbangan yang dibatalkan pula akan menerima bayaran balik.
Sebanyak 13 pesawat A320 Jetstar Asia akan dipindahkan secara berperingkat ke Australia dan New Zealand, yang dijangka mewujudkan lebih 100 pekerjaan baharu. - AFP