fb fb fb fb fb

OIC kecam serangan Israel terhadap konvoi PBB menuju Gaza

FOTO HIASAN

GAZA, 23 Julai- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Isnin mengecam serangan Israel terhadap konvoi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuju ke Bandar Gaza, lapor Xinhua.

OIC menyatakan bahawa serangan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi, mengecam tentera Israel yang terus menghalang penduduk awam Palestin daripada mendapat makanan, air, rawatan perubatan dan perkhidmatan penting lain.

Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin, Philippe Lazzarini berkata di platform media sosial X pada Isnin bahawa konvoi PBB yang menuju ke Bandar Gaza pada Ahad diserang tentera Israel.

"Walaupun tiada korban jiwa, pasukan kami terpaksa berlindung," kata Lazzarini sambil menyatakan bahawa pasukan itu memakai jaket PBB dan bergerak dalam kereta perisai PBB yang ditanda dengan jelas.

Satu kenderaan ditembak dengan sekurang-kurangnya lima butir peluru semasa menunggu di hadapan pos pemeriksaan tentera Israel di selatan Wadi Gaza dan mengalami kerosakan teruk, menurut Lazzarini.

Pasukan itu kemudian berkumpul semula dan akhirnya sampai ke Bandar Gaza.

Lazzarini berkata bahawa pergerakan ini juga telah diselaraskan dan diluluskan oleh pihak berkuasa Israel.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE