fb fb fb fb fb

OIC kecam serangan Israel ke atas Iran, gesa PBB bertindak tegas

Foto OIC

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasminya pada Jumaat, Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha berkata, serangan itu merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) agar bertindak segera dan tegas bagi menghentikan serangan itu.

"Serangan ini menjejaskan keselamatan di seluruh rantau. Majlis Keselamatan perlu memikul tanggungjawabnya," menurut kenyataan itu.

Serangan Israel yang dilaporkan bermula awal pagi Jumaat menyasarkan lokasi ketenteraan, nuklear dan kawasan awam di Tehran dan beberapa bandar lain. - BERNAMA

SYUHADA BINTI CHEK HASHIM