fb fb fb fb fb

NTSB sahkan tiada penumpang berhampiran fiuslaj Boeing 737 MAX 9

FOTO REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 7 Januari - Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat mengesahkan tiada penumpang yang duduk di bahagian panel kabin pesawat Alaska Airlines (ALK.N) Boeing 737 MAX 9 yang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas panel tingkap salah sebuah pesawat berkenaan tercabut ketika melakukan penerbangan merentasi Oregon.

Pengerusi NTSB Jennifer Homendy dalam sidang akibat memberitahu bahawa dua kerusi di sebelah bahagian fiuslaj yang meletup adalah kosong.

"Kami sangat, sangat bernasib baik di sini kerana ini tidak berakhir dengan sesuatu yang lebih tragis," kata Homendy. Bahagian tempat duduk di sebelah fiuslaj, termasuk sandaran kepala, hilang.

Pengawal selia keselamatan udara AS, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada Sabtu membuat pemerikasan ke atas pesawat terbabit untuk pemeriksaan keselamatan selepas pendaratan cemas pesawat.

Bahagian fiuslaj tercabut di sebelah kiri jet ketika berlepas dari Portland, Oregon, dalam perjalanan ke Ontario, California, memaksa juruterbang berpatah balik dan mendarat dengan selamat.

Kesemua 171 penumpang dan enam anak kapal berada di dalamnya selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan, kata Homendy.

FAA tidak menolak tindakan lanjut kerana siasatan bermula terhadap kemungkinan kegagalan struktur yang meninggalkan lubang segi empat tepat di kawasan fiuslaj yang dikhaskan untuk pintu tambahan pilihan tetapi dipalamkan dan dinyahaktifkan pada pesawat Alaska Air.

Penyiasat akan melihat rekod penyelenggaraan, sistem tekanan dan komponen pintu, kata Homendy.

"Kami akan pergi membuat penyiasatan selanjutnya," katanya.

Homendy memuji FAA atas tindakan pantasnya demi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Alaska Air berkata pihaknya telah menangguhkan 18 penerbangan dan membuat penerbangan semula setelah pemeriksaan rapi dilakukan.

Boeing 737 MAX 9 yang dipasang dengan "plag" pengganti pintu khas tidak boleh terbang sehingga ia diperiksa dan dibaiki jika perlu, kata FAA. - REUTERS

TETITIA YUSOFF