fb fb fb fb fb

Norway minta kakitangan kerajaan elak guna TikTok

(Foto AFP)

OSLO, 22 Mac- Kakitangan kerajaan Norway diminta supaya tidak menggunakan aplikasi TikTok pada peranti kerja mereka, sekali gus mengikuti langkah dan larangan serupa di beberapa negara Barat berdasarkan kebimbangan terhadap risiko pengintipan.

Selain aplikasi dari China itu, Norway turut meminta kakitangan kerajaan agar tidak menggunakan aplikasi pemesejan Rusia iaitu Telegram dalam semua peranti kerja terutama peranti yang disambungkan ke sistem digital kerajaan.

"Dalam penilaian risiko, perkhidmatan perisikan Norway memilih Rusia dan China sebagai faktor risiko utama untuk kepentingan keselamatan Norway," kata Menteri Kehakiman, Emilie Enger Mehl dalam satu kenyataan.

Britain, Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah telah mengharamkan TikTok pada peranti kerja.

TikTok mengakui pada November bahawa beberapa pekerja di China boleh mengakses data pengguna Eropah dan telah menggunakan data tersebut untuk mengintip wartawan.

Kumpulan itu bagaimanapun menegaskan bahawa Kerajaan China tidak mempunyai kawalan atau akses ke atas datanya. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu