fb fb fb fb fb

Nezahualcoyotl lumpuh, puluhan ribu terjejas akibat banjir besar

FOTO REUTERS

MEXICO CITY, 30 September - Sekurang-kurangnya 22,000 rumah dan premis perniagaan di daerah Nezahualcoyotl, pinggir bandar Mexico City, terjejas akibat banjir besar sejak hujung minggu lalu.

Datuk Bandar Adolfo Cerqueda Rebollo memaklumkan, sistem perparitan di kawasan itu tidak mampu menampung hujan lebat yang luar biasa, selain tersumbat akibat longgokan sampah.

Rakaman pada Sabtu menunjukkan hujan lebat membanjiri jalan raya, manakala kesesakan trafik dilaporkan pada Isnin.

Menurut Cerqueda, jumlah hujan yang turun hanya dalam tempoh tiga jam adalah bersamaan dengan taburan hujan sebulan, jauh melebihi paras biasa bagi kejadian banjir di kawasan berkenaan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE