fb fb fb fb fb

New Zealand cadang batalkan larangan tembakau

Foto hiasan

WELLINGTON, 27 Februari- New Zealand cadang memansuhkan undang-undang pertama di dunia yang melarang penjualan tembakau untuk generasi muda sepanjang hayat, kata kerajaan. Penyelidik dan juru kempen memberi amaran tentang risiko perkara itu berkemungkinan boleh menyebabkan kematian dalam kalangan individu.

Ia ditetapkan berkuat kuasa mulai Julai, peraturan anti tembakau paling ketat di dunia akan mengharamkan jualan kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2009. Ia bagi mengurangkan kandungan nikotin dalam produk tembakau yang dihisap dan mengurangkan bilangan peruncit tembakau sebanyak lebih daripada 90%.

Kerajaan gabungan baharu yang dipilih pada Oktober itu mengesahkan pemansuhan tersebut akan berlaku pada Selasa sebagai perkara yang mendesak, membolehkan ia membatalkan undang-undang tanpa mendapatkan ulasan awam, selaras dengan rancangan yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan Bersekutu Casey Costello berkata kerajaan gabungan komited untuk mengurangkan tabiat merokok, namun mengambil pendekatan mengawal selia perkara itu dan mengurangkan bahaya yang ditimbulkan.

"Saya tidak lama lagi akan memperkenal satu langkah kepada kabinet untuk meningkatkan alat untuk membantu orang ramai berhenti merokok," kata Costello sambil menambah bahawa peraturan mengenai rokok elektronik juga akan diperketatkan.

Keputusan itu, dikritik hebat kerana kemungkinan kesannya terhadap hasil kesihatan di New Zealand.

Ia juga menimbulkan kebimbangan yang lebih besar kepada populasi Maori dan Pasifika, kumpulan dengan kadar merokok yang lebih tinggi.

"Ujian klinikal berskala besar dan kajian pemodelan menunjukkan undang-undang itu akan meningkatkan kadar berhenti di kalangan perokok dengan cepat dan menjadikannya lebih sukar bagi golongan muda untuk mengambil merokok," kata penyelidik Universiti Otago Janet Hoek. Beliau juga pengarah bersama kumpulan yang mengkaji cara untuk mengurangkan tabiat merokok.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI