fb fb fb fb fb

NATO kerah pasukan pertama perkukuh pertahanan Ukraine

(Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg semasa menyampaikan ucapan selepas sidang kemuncak video mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di Brussels/AFP)


BRUSSELS, 26 Februari- Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg pada Jumaat memaklumkan pakatan itu akan mengerahkan pasukan tindak balas pantasnya buat pertama kali bagi memperkukuh pertahanan dalam menghadapi pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

"Ia masih belum diputuskan. Apa yang kita lihat, tentera Ukraine bertempur dengan berani dan sebenarnya mampu mendatangkan kerosakan kepada pencerobohan tentera Russia.

"Ia pencerobohan penuh ke atas Ukraine. Mereka bergerak ke arah Kyiv dan matlamat yang dinyatakan adalah untuk menukar kerajaan Ukraine," katanya selepas sidang kemuncak video bersama pemimpin NATO.

Stoltenberg memberi amaran pencerobohan Kremlin mewujudkan 'normal baharu', mengancam keselamatan Eropah yang lebih luas melangkaui bukan ahli NATO Ukraine.

"Kami sudah memperkukuh pencegahan dan pertahanan kami. Semalam, sekutu mengaktifkan rancangan pertahanan kami dan sebagai hasilnya, kami mengerahkan elemen Pasukan Tindak Balas NATO (NRF) di darat, di laut dan di udara untuk mengukuhkan lagi pertahanan kami dan bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kemungkinan," katanya.

Itu langkah terbaru oleh NATO bertujuan memperkukuh pertahanannya selepas sekutu diterajui Amerika Syarikat (AS) menyegerakan pergerakan beribu-ribu tentera ke anggota timur ketika

Kremlin bergerak ke Ukraine.(Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg menyampaikan ucapan pembukaan semasa sidang kemuncak video NATO mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di Brussels /AFP)

"Kami mempunyai lebih 100 jet yang bersiap sedia, beroperasi di lebih 30 lokasi berbeza dan lebih 120 kapal dari utara ke Mediterranean.

"Ini untuk memelihara keamanan, mencegah serangan dan untuk mengelakkan perang yang sedang berlaku di Ukraine melebar ke mana-mana negara sekutu NATO," katanya.

Beliau yang tidak memperincikan ke mana pasukan tindak balas itu dihantar, bagaimanapun berkata ia terpulang kepada komander tentera tertinggi NATO.

Diwujudkan pada 2003, NRF terdiri daripada 40,000 kakitangan, termasuk kontinjen seramai 8,000 anggota terdiri dari tentera udara, laut dan operasi khas yang boleh dikerahkan dalam beberapa hari.

Di Washington, jurucakap Pentagon, John Kirby berkata AS mempunyai tentera yang kini berada di eropah, ditambah 7,000 anggota diarah untuk ditempatkan ke Jerman minggu ini, dan yang lain bersiap sedia di kediaman.

Beliau berkata jumlah ketenteraan bergantung kepada keperluan khusus NATO.

"Walau apa pun keperluan itu, AS bersedia untuk mara ke hadapan sebanyak mungkin," kata Kirby

Beliau berkata demikian sambil menegaskan NRF adalah untuk melindungi negara NATO, bukan untuk terbabit dalam pertempuran di Ukraine.

Bagaimanapun, katanya, pencetus utama keputusan untuk mengaktifkan NRF adalah pencerobohan yang menyalahi undang-undang oleh Russia ke atas Ukraine.

"Kami akan melakukan apa yang perlu kami lakukan untuk mempertahankan setiap inci wilayah NATO," tambahnya. - AFP

Media Baharu