fb fb fb fb fb

Nasib Prayut diketahui pada 30 September

(Gambar diambil dan dikeluarkan oleh Kerajaan Diraja Thailand pada 9 September 2022
menunjukkan Perdana Menteri Thailand yang digantung tugas Prayut Chan-O-Cha (kanan) 
menandatangani buku takziah untuk mendiang Ratu Elizabeth II di kedutaan British di Bangkok/Foto AFP)

BANGKOK, 14 September- Mahkamah Perlembagaan Thailand menetapkan 30 September depan, berhubung sama ada Prayut Chan-O-Cha dipecat daripada jawatan Perdana Menteri atau sebaliknya.

Prayut yang menyandang jawatan itu pada 2014, digantung tugas bulan lalu, membolehkan pihak mahkamah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada memandangkan beliau telah mencapai had penggal sebagai Perdana Menteri.

Di bawah perlembagaan Thailand 2017, seorang Perdana Menteri tidak boleh berkhidmat lebih daripada lapan tahun.

"Mahkamah Perlembagaan mempertimbangkan bahawa kes itu adalah isu undang-undang dan terdapat bukti yang mencukupi untuk memutuskan," kata kenyataan itu.

Jika mahkamah membenarkan, Prayut secara teknikal boleh terus berkhidmat sehingga 2025 atau 2027, sekiranya beliau memenangi pilihan raya umum yang dijangka pada Mac tahun depan.

Buat masa ini, jawatan Perdana Menteri Thailand dipangku timbalannya, Prawit Wongsuwan.-AFP

(Prayut Chan-O-Cha/Foto AFP)

Media Baharu