fb fb fb fb fb

NASA rakam letupan solar kelas X9 terkuat

Observatori dinamik solar NASA merakam letupan solar kelas X9/Reuters

AMERIKA SYIKAT, 4 Oktober- Observatori Dinamik Solar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam satu letupan solar kelas X9, semalam.

Letupan itu disifatkan sebagai yang terkuat dalam kitaran solar, dengan pengukuran dalam dua panjang gelombang ultralebur.

Menurut NASA, letupan solar terbabit adalah pelepasan tenaga yang kuat dari matahari yang boleh mempengaruhi "komunikasi radio, grid tenaga elektrik, isyarat navigasi dan menimbulkan risiko kepada kapal angkasa serta angkasawan."

Letupan tersebut dikenali sebagai letupan kelas X9, yang mana kelas X adalah kategori letupan yang paling kuat dan nombor tersebut menunjukkan tahap intensitinya.

Pada 22 Februari lepas, NASA juga merakam letupan X6.3.

SITI AISHAH MD ISA