fb fb fb fb fb

Nahas bas, 17 orang maut di Afghanistan

Foto Fail

KABUL, 16 Julai- Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 34 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah bas terbalik di utara Afghanistan, semalam.

Pengarah Maklumat dan Budaya Wilayah Baghlan, Mustafa Hashemi berkata kemalangan itu berlaku di lebuh raya yang menghubungkan ibu kota Kabul ke utara negara berkenaan.

"Mangsa yang maut termasuk 12 lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak," katanya kepada AFP.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Afghanistan, sebahagiannya disebabkan jalan raya yang rosak, pemanduan berbahaya dan kekurangan peraturan.

Terdahulu, 21 orang maut manakala 28 lagi cedera di wilayah Helmand, selatan Afghanistan apabila sebuah bas bertembung dengan lori tangki minyak dan sebuah motosikal.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM