fb fb fb fb fb

Pelancong asing cedera diserang beruang

Foto AFP

ROM, 16 Julai- Seorang pelancong warga Perancis telah dikejarkan ke hospital selepas diserang seekor beruang di utara Itali, kata pihak berkuasa tempatan.

Mangsa berusia 43 tahun diserang ketika sedang melakukan aktiviti luar di Naroncolo.

Lelaki terbabit mengalami kecederaan pada anggota badan akibat serangan berkenaan.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Santa Chiara untuk menerima rawatan.

Pegawai perhutanan sedang menyiasat kes berkenaan.

Terdahulu, seorang pelari terbunuh dalam serangan beruang di laluan hutan di wilayah Trentino. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM