fb fb fb fb fb

Muzium London setuju kembalikan artifak Afrika yang dirampas

(12 plak tembaga yang akan dikembalikan kepada kerajaan
Nigeria oleh Muzium Horniman/FOTO REUTERS)

LONDON, 8 Ogos - Muzium terkemuka, Muzium Horniman di selatan London mengumumkan persetujuaan untuk memulangkan 72 artifak Afrika yang dirampas ketika zaman penjajahan Empayar British pada tahun 1987.

Pemulangan termasuk beberapa gangsa Benin, kepada kerajaan Nigeria selepas menerima permintaan daripada Suruhanjaya Kebangsaan bagi Muzium dan Monumen (NCMM) negara itu.

Pengerusi pemegang amanah muzium, Eve Salomon dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya bebesar hati untuk melakukan tindakan yang sewajarnya

Artifak berkenaan telah dialih secara paksa dari penempatan purba Bandar Benin di Nigeria oleh penjajah British selepas pencerobohan tentera pada 1897.

Koleksi itu termasuk 12 plak tembaga, antaranya gangsa Benin, sekeping mezbah berbentuk ayam jantan tembaga, gading dan objek upacara sembahan - REUTERS

Media Baharu