fb fb fb fb fb

Hong Kong pendekkan tempoh kuarantin di hotel

(Ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 1 April 2022,
selepas bandar itu menarik balik larangan penerbangan ke atas sembilan negara/AFP)

HONG KONG, 8 Ogos - Hong Kong akan memendekkan tempoh kuarantin di hotel bagi pengunjung antarabangsa daripada seminggu kepada tiga hari mulai Jumaat ini.

Mereka seterusnya perlu menjalani pemantauan kesihatan selama empat hari sama ada di rumah atau di hotel pilihan mereka.

"Kami berharap dapat mengekalkan aktiviti mata pencarian dan daya saing Hong Kong, dan untuk memberikan masyarakat momentum pembangunan terbaik dan daya hidup ekonomi," kata Lee," kata Ketua Eksekutif, John Lee.

Beliau menafikan pelonggaran itu menandakan sebarang penyimpangan daripada dasar China.

"Kekal berhubung dengan dunia luar dan berusaha untuk menyambung semula perjalanan bebas kuarantin dengan tanah besar bukanlah percanggahan," katanya.

(Orang ramai beratur bagi ujian COVID-19 di Macau, China/ Fail REUTERS)

Di samping pengaturan kuarantin baharu, Hong Kong akan melaksanakan sistem kod kesihatan yang serupa dengan tanah besar China pada aplikasi penjejakan yang dibangunkan kerajaan.

Bawah sistem itu, orang yang dijangkiti akan diberi kod merah yang menghalang mereka daripada meninggalkan kuarantin.

Pengunjung antarabangsa pula diberi kod kuning dan tidak dibenarkan di tempat seperti restoran, bar, gim dan pawagam sepanjang empat hari pemantauan kendiri mereka. -AFP

Media Baharu