fb fb fb fb fb

Misi asteroid NASA bawa balik Bennu

AMERIKA SYARIKAT, 31 Ogos - Saintis NASA sedang bersiap sedia menerima ketibaan kapal angkasa NASA yang akan membawa sampel dari asteroid bernama Bennu.

Bennu merupakan asteroid bersaiz sangat besar iaitu kira-kira 200 juta batu (320 juta km) dari Bumi.

Kapal angkasa OSIRIS-REx NASA menjumpai Bennu pada 2018 dan berlepas pada Mei 2021 dan mengambil masa perjalanan dua tahun untuk kembali ke bumi.

Kapal angkasa itu menemui kesan molekul hidrogen dan oksigen iaitu, sebahagian daripada sumber air dan dilihat berpotensi untuk hidupan.

"Kami sedang mencari petunjuk mengapa bumi adalah dunia yang boleh dihuni, permata yang jarang ditemui di angkasa lepas yang mempunyai lautan," kata Dante Lauretta, penyiasat utama misi OSIRIS-REx

Menurut NASA, kapal angkasa itu membawa anggaran 8.8 auns bahan yang dikumpulkan dari Bennu pada 2020.

Menurut laman web NASA, ia akan memasuki atmosfera Bumi pada 24 September pada 8:42 pagi MDT (10:42 pagi EDT).

Kapal angkasa itu kemudiannya akan mengeluarkan kapsul yang mengandungi sampel asteroid, yang dinyatakan NASA akan mendarat di kawasan terpencil di Utah. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu