fb fb fb fb fb

MetMalaysia ramal hujan, ribut petir sebelah petang hingga malam

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri di seluruh negara diramal mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang ini.

Menerusi kenyataannya, memaklumkan keadaan itu mungkin berlarutan hingga ke malam.

Antara negeri yang diramal hujan dan ribut petir pada sebelah petang adalah Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu, cuaca sama diramal melanda di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Perak.

Ramalan itu juga dikeluarkan bagi satu dua tempat di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah, selain Tawau, Sandakan, Kudat serta Labuan.

Manakala di Sarawak pula, hujan dan ribut petir diramal di satu dua kawasan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pada sebelah malam pula, hujan dan ribut petir diramal melanda satu dua kawasan di Kelantan, Terangganu, Pahang, Kedah, Perak dan Johor.

Orang ramai boleh merujuk laman web dan semua media sosial rasmi MET Malaysia bagi maklumat yang terkini dan sahih.


(FOTO METMALAYSIA)

Media Baharu