PENNSYLVANIA, 1 Julai- Bryan Kohberger, suspek pembunuhan empat pelajar kolej di Idaho pada 2022, dilaporkan bersetuju untuk mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dihadapinya, sekali gus mengelak daripada berdepan hukuman mati.
Memetik laporan ABC News pada Isnin, keputusan itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada keluarga mangsa.
Kohberger sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dalam kejadian tikaman maut tersebut.
Bagaimanapun, melalui pengakuan terbaharu itu, beliau bakal dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak empat kali berturut-turut tanpa peluang untuk rayuan.-REUTERS