fb fb fb fb fb

Lapan maut, ramai cedera akibat letupan di kilang kimia di Telangana

Foto hiasan

SANGAREDDY, 1 Julai- Lapan pekerja terkorban dan beberapa yang lain mengalami kecederaan dalam insiden letupan di sebuah kilang kimia di negeri Telangana, selatan India.

Media tempatan melaporkan letupan berlaku di Sigachi Industries Private Limited apabila sebuah reaktor meletup, menyebabkan kebakaran besar di premis itu.

Insiden itu turut mencetuskan suasana cemas apabila ahli keluarga mangsa berpusu-pusu ke hospital dan lokasi kilang bagi mendapatkan maklumat tentang keadaan mangsa yang terlibat.

Nahas industri sering dikaitkan dengan pelanggaran protokol keselamatan dan kelemahan pengawasan oleh pihak berkuasa.- REUTERS

ROSLINA BINTI DIN