fb fb fb fb fb

Mahkamah Thailand putuskan petisyen pecat PM hari ini

Paetongtarn Shinawatra / Foto AFP

BANGKOK, 1 Julai - Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini akan memutuskan, sama ada akan menerima kes yang difailkan oleh 36 senator Thailand untuk memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra ketika kemarahan semakin memuncak berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja.

Paetongtarn kini berdepan proses kehakiman, selepas sekumpulan senator mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan dan badan antirasuah negara yang mempunyai bidang kuasa luas untuk menyiasat tindakannya berhubung panggilan telefon yang bocor.

Keputusan daripada mana-mana pihak boleh membawa kepada pemecatannya.

Krisis politik di Thailand itu dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara yang masih bergelut untuk pulih.

Paetongtarn kini mengetuai kerajaan dengan gabungan majoriti tipis, selepas parti gabungan terdahulu, Parti Bhumjaithai menarik diri minggu lalu.

Sabtu lepas, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara Thailand, bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri dan menggesa parti gabungan lain turut berundur. - REUTERS

MASNIZA AWANG KECHIK