fb fb fb fb fb

Menang hanya 245 kerusi, Presiden Perancis, Emanual Macron hilang majoriti di Parlimen

PARIS, 20 Jun- Presiden Perancis, Emmanuel Macron kehilangan sokongan majoriti di Parlimen selepas hanya memenangi 245 kerusi dewan perwakilan daripada 577 ahli dalam pilihan raya.

Ia memberi tamparan hebat kepada beliau apabila pakatan berhaluan kiri yang baharu dibentuk serta pesaing berhaluan kanan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

Keputusan undian pusingan kedua pada Ahad menyebabkan politik Perancis bergolak dan meningkatkan prospek badan perundangan lumpuh atau pakatan berantakan sehingga Macron terpaksa menghubungi jalinan sekutu baharu.

Macron, 44, kini juga berisiko digugat oleh masalah domestik, ketika beliau berusaha untuk memainkan peranan penting bagi menamatkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta menjadi tokoh utama dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pakatan 'Together' di bawah Macron akan tetap menjadi parti terbesar pada Perhimpunan Nasional yang akan datang.


(Macron melambai ketika pergi mengundi di Le Touquet, utara Perancis/AFP)

Menurut keputusan penuh yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri, pada awal pagi ini, dengan hanya 245 kerusi, pakatan Macron 'Together' kurang daripada 289 kerusi yang diperlukan untuk majoriti keseluruhan.

Ini bermakna pakatan tersebut gagal memperolehi majoriti dalam Dewan Rakyat yang dibarisi 577 ahli.

"Keadaan ini memberikan risiko kepada negara kita, memandangkan cabaran yang perlu dihadapi," kata Perdana Menteri, Elisabeth Borne dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

"Kami akan bekerja mulai esok untuk membina majoriti yang berfungsi", katanya.

Keputusan itu menjejaskan kemenangan Macron dalam Pilihan raya Presiden pada April lalu, apabila beliau menewaskan pesaing berhaluan kanan untuk muncul sebagai Presiden Perancis yang pertama memenangi penggal kedua dalam tempoh lebih lebih dua dekad. -AFP

Media Baharu