ILLINOIS, 1 Disember – Rakaman dron pada Ahad memaparkan bandar McHenry, kira-kira 75 kilometer barat laut Chicago, diselubungi salji selepas ribut musim sejuk melanda Midwest, Amerika Syarikat sehari sebelum itu.
Menurut Perkhidmatan Meteorologi Nasional (NWS), sebanyak 21.3 sentimeter salji direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare pada Sabtu (29 November), menjadikannya hari bersalji paling lebat dalam sejarah Chicago.
Keadaan salji lebat ini menyebabkan gangguan kepada pelancong yang ingin pulang selepas cuti serta lebih 1,000 penerbangan dibatalkan atau tertunda di O'Hare pada hari Sabtu, menurut laporan ABC News.
Reuters mengesahkan lokasi rakaman berdasarkan kesesuaian bangunan, susun atur jalan, struktur pemasangan, dan kawasan air dengan imej satelit dan fail terdahulu.-REUTERS