fb fb fb fb fb

McDonald's tutup 30 peratus cawangan di Jepun kerana masalah mesin daftar tunai

Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai / Foto AFP

TOKYO, 19 Julai - Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit pengendali rangkaian makanan segera Jepun itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Memetik laporan Agensi Berita Kyodo, McDonald's Co (Japan) berkata ia sedang menyiasat punca masalah berkenaan dan tidak jelas bila perkhidmatan dapat disambung semula.

Penutupan itu berlaku ketika beberapa premis McDonald's menggantung pesanan mudah alih melalui aplikasi rasmi rangkaian makanan segera itu di tengah-tengah kemungkinan isu sistem.

Gangguan terbaru itu berikutan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan cawangan McDonald's di Jepun dan negara lain pada Mac.

Pelanggan tidak dapat menyelesaikan transaksi tanpa tunai atau membuat pesanan mudah alih.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN