fb fb fb fb fb

McDonald's Australia pendekkan waktu sarapan, kekurangan telur akibat wabak

FOTO REUTERS

SYDNEY, 4 Julai- Rangkaian restoran makanan segera McDonald's di Australia dilaporkan memendekkan waktu perkhidmatan sarapan pagi gara-gara bekalan telur jerjejas akibat penularan wabak selesema burung di seluruh negara.

"Kami menguruskan (bekalan) telur dengan teliti berikutan cabaran industri semasa," kata McDonald's Australia.

Akibatnya, pesanan sarapan akan berakhir pada pukul 10.30 pagi dan bukannya tengah hari, katanya.

"Kami bekerja keras dengan pembekal kami untuk mengembalikan keadaan ini kepada normal secepat mungkin," katanya.

Pihak berkuasa Australia berkata influenza burung H7 dikesan di kebanyakan ladang ayam di seluruh Victoria, New South Wales dan Wilayah Ibu Kota Australia.

Kerajaan baru-baru ini memaklumkan ayam di ladang yang dijangkiti telah dihapuskan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE