fb fb fb fb fb

Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB

Foto dirakamkan pada 26 Julai 2021 menunjukkan rakyat Palestin menerima bantuan makanan di pusat pengagihan diuruskan UNRWA di Bandar Gaza/Foto AFP

SEMENANJUNG GAZA, 4 Julai - Perintah pemindahan tentera Israel yang melibatkan satu pertiga daripada Gaza telah memusnahkan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperbaiki penghantaran bantuan kemanusiaan melalui laluan Kerem Shalom.

Menurut Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di wilayah Palestin, perbincangan beberapa minggu sebelum ini untuk memulihkan keadaan gagal dengan perintah terbaharu berkenaan.

Israel sebelum ini mengkritik operasi bantuan PBB di wilayah yang dihuni seramai 2.3 juta orang itu.

PBB memaklumkan, pengagihan bantuan bukan sahaja terhalang oleh perang selama sembilan bulan antara Israel dan pejuang Hamas, tetapi juga oleh ketidakstabilan.

Tentera Israel mengumumkan bulan ini akan mewujudkan jeda serangan harian pada waktu siang untuk memudahkan pengumpulan bantuan dari Kerem Shalom. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN