(Burger McDonald’s Jepun/Reuters)
TOKYO, 22 Julai- McDonald’s Jepun menaikkan harga produk makanannnya di premis yang beroperasi di kawasan metropolitan atau bandar besar bermula 19 Julai lalu.
Sebanyak 184 premis di wilayah Tokyo, Kanagawa, Chiba, Saitama, Aichi, Osaka, Kyoto dan Hyogo yang terkesan dengan kenaikan tersebut.
Menurut pihak itu, harga produk di premis yang terletak di kawasan metropolitan dinaikkan antara 10 hingga 90 yen, manakala premis di kawasan separa metropolitan mengalami kenaikkan harga sekitar 10 hingga 30 yen.
Penetapan kadar tersebut dilakukan berdasarkan pengiraan terperinci kos operasi, termasuk kadar sewaan premis dan kos buruh mengikut lokasi. -Reuters
(Premis McDonald’s di Tokyo, Jepun/Reuters)