fb fb fb fb fb

Mayat wartawan UK Phillips dikenal pasti di Brazil

(FOTO AFP)

BRAZIL, 18 Jun - Polis Brazil mengesahkan bahawa wartawan veteran Britain, Dom Phillips adalah individu yang ditemukan tertanam di hutan Amazon selepas hilang semasa melakukan penyelidikan buku.

Menurut kenyataan Polis Persekutuan, mayatnya dikenal pasti melalui ujian forensik.

(FOTO FAIL AFP)

Phillips, 57 tahun, dilaporkan hilang pada 5 Jun bersama pemandu arah, Bruno Pereira 41 tahun, yang merupakan seorang pakar pribumi.

Mereka hilang di kawasan terpencil di hutan hujan yang penuh dengan perlombongan, kegiatan menangkap ikan dan pembalakan haram, serta pengedaran dadah.

Pereira sebelum itu menerima pelbagai ancaman bunuh.-AFP

Media Baharu