fb fb fb fb fb

Mandat operasi bantuan ke Syria tamat, PBB buntu cari penyelesaian

SYRIA, 11 Julai- Operasi bantuan berdepan cabaran susulan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghantar bantuan kepada penduduk di sini dari Turkiye tamat, semalam.

Usaha diplomat memperbaharui perjanjian dengan Rusia sukar apabila Ireland dan Norway gagal mencapai tolak ansur apabila undian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tidak menyebelahi mereka.

Menurut Ketua Bantuan PBB Martin Griffiths, penghantaran bantuan seperti makanan, perubatan dan perlindungan menjadi keperluan penting bagi mengekang kematian.

Sebelum ini penamatan serupa berlaku pada tahun 2020 apabila mandat berakhir namun berjaya diteruskan pada keesokan harinya.

Jumaat lalu, Rusia menggunakan kuasa veto untuk melanjutkan operasi tersebut selama setahun.

Ibu Pejabat PBB di New York / FOTO AFP

Namun gagal dalam usaha memperbaharui mandat untuk tempoh enam bulan yang memerlukan 15 anggota UNSC menerima resolusi baharu tersebut.

Timbalan Duta Russia ke PBB, Dmitry Polyanskiy berkata, Rusia tidak berniat menghentikan operasi terbabit, namun mahu ia lebih telus dan berkesan.

Media Baharu